Cari @ Amanz

Hari ini, di CMS Expo yang diadakan di Chicago, salah satu pembangun daripada Malaysia telah memenangi anugerah untuk Aplikai Joomla Terbaik bagi tahun 2009, iaitu JomSocial. JomSocial yang dibangunkan oleh Azrul Studios membolehkan pemasangan Joomla anda diubah menjadi suatu rangkaian sosial yang interaktif.

Azrul Studio merupakan satu pembangun tempatan yang mana aktif membangunkan aplikai khas untuk Joomla. Antara aplikai yang telah sedia dibangunkan oleh mereka adalah seperti JomSocial yang memenangi anugerah hari ini, JomComment, MyBlog dan juga NiceTalk.

JomSocial merupakan salah satu aplikai yang membolehkan sesiapa sahaja membina komuniti interaktif yang tersendiri dengan menggunakan Joomla. Ianya menggunakan Aja dan didatangkan dengan pelbagai fungi laman sosial yang menarik dan terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd