Firefox 4.0 Pada Bulan November 2010

Firefox 4.0 Pada Bulan November 2010

Diterbitkan pada Mei 11, 2010 oleh .

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya adakah Firefox 3.7 akan dilepakan ataupun tidak, kini jawapannya pati apabila Mozilla mengumumkan perancangan untuk Firefox 4.0, dan apa yang dirancangkan untuk Firefox 3.7 akan diperkenalkan pada Firefox 3.6.4.

Buat masa ini, Mozilla Firefox 3.6.4 boleh didapati dalam versi beta yang membawakan fungsi Out-Of-Process. Pada masa yang sama, Mozilla Firefox 4.0 yang bakal dilepakan pada penghujung tahun ini akan menerima beberapa perubahan antaramuka, dan bakal membawakan pelbagai evolusi pada pelayar web Firefox.

Beta pertama Firefox dijangka akan dilepakan seawal penghujung bulan Jun 2010, dan versi akhir dijangka akan diperkenalkan pada bulan November. Melalui Firefox 4, Mozilla bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk kelajuan yang amat mengejutkan, sokongan teknologi terkini termasuk HTML5, kebolehan untuk pengguna mengawal keseluruhan data, antaramuka yang menyerupai Chrome, kestabilan dan sekuriti yang dipertingkatkan, sokongan 64-bit, sokongan skrin sentuh dan banyak perkara lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN