Maxis Memperkenalkan Mikro-SIM Untuk iPad 3G

Maxis Memperkenalkan Mikro-SIM Untuk iPad 3G

Diterbitkan pada Mei 11, 2010 oleh .

Kini, menariknya Maxis Berhad mengumumkan pelancaran mikro-SIM yang mana diguna-pakai pada beberapa gajet terbaru, terutamanya khas untuk para pengguna iPad 3G yang mana menyokong mikro-SIM, iaitu SIM yang sedikit kecil berbanding SIM GSM biasa.

Ini sekaligus menjadikan Maxis sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang memperkenalkan SIM seumpamanya. Kini, para pengguna Maxis boleh mendapatkannya di mana-mana 31 pusat Maxis di seluruh negara. Mikro-SIM dari Maxis turut menyokong Mobile Data dan juga Broadband, dimana pakej bermula serendah RM58 untuk 500mb bagi Enhanced Mobile Data Plan, manakala Broadband pula bermula pada harga RM48 untuk 1.5Gb.

Ianya suatu yang amat mengejutkan untuk Maxis melancarkan mikro-SIM. Adakah ianya memperlihatkan yang mana Maxis bakal membawa masuk Apple iPad 3G ke Malaysia tidak lama lagi? Sebelum ini, Maxis menjadi yang pertama untuk membawa masuk Apple iPhone ke Malaysia.


TIPS & ULASAN