Google Ingin Menceburi Dunia Gaming Kembali

Google Ingin Menceburi Dunia Gaming Kembali

Diterbitkan pada Mei 12, 2010 oleh .

Masihkah anda ingat akan projek Lively daripada Google suatu ketika dahulu, yang mana membawakan permainan dunia maya ke pelayar web anda, selain membolehkan anda menyertakannya pada web anda. Walaupun projek tersebut telah dihentikan, kini nampaknya Google ingin kembali semula ke arena permainan digital.

Google Lively
Google Lively Yang Kini Telah Di Hentikan

Melalui suatu halaman khas pencarian pekerja, Google sedang dalam proses untuk mencari Pengurus Produk untuk Games, yang mana bertanggungjawab untuk membangunkam strategi produk untuk permainan daripada Google, serta menguruskan pasukan dan juga perniagaan baru Google itu.

Sebelum ini, Google telah memiliki syarikat pembangun permainan iaitu LabPixies pada bulan lepas.

Via : TechCrunch


TIPS & ULASAN