Cari @ Amanz

Selain beberapa pembangun yang sudah pun mula membangunkan tablet dengan Android, kini dikatakan yang mana Verizon dan Google akan bekerjasama dalam pembangunan sebuah tablet PC, dan ianya dijangka akan menggunakan Chrome OS.

Tablet PC

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum dipastikan bilakah ianya akan dibangunkan dan sedia dijual kepada pasaran. Sebelum ini, Verizon telah menyokong beberapa produk keluaran yang menggunakan Android, seperti HTC Droid dan juga HTC Droid Incredible.

Buat masa ini, masih tidak diketahui siapakah akan kelak membangunkan tablet daripada Google itu kelak. Kini, pasaran tablet dilihat dipegang oleh Apple melalui iPad miliknya yang dikatakan telah terjual melebihi lebih 1 juta unit dalam masa kurang sebulan ianya dipasarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd