Cari @ Amanz

Ianya sudah setahun sejak OfficeKami diperkenalkan, dan menariknya, dalam tempoh setahun, pelbagai perkara yang telah dicapai oleh OfficeKami, dari 120 lokasi yang telah sedia diulas pada OfficeKami, sehinggalah pengenalan aplikasi mudah-alih OfficeKami.

Aplikasi OfficeKami
Aplikasi Mudah-Alih OfficeKami

Pada OfficeKami.com, kini terdapat lebih daripada 120 lokasi yang telah diulas yang mana sesuai untuk dijadikan pejabat mudah-alih anda, dimana setiap ulasan dibuat secara terperinci. Oleh kerana ianya berkait rapat dengan konsep mudah-alih, sebuah aplikasi khas untuk pemilik telefon mudah-alih juga turut diperkenalkan, memudahkan mereka mendapatkan informasi berkaitan dengan lebih mudah dan pantas.

Pada masa yang sama, OfficeKami juga turut telah menjalankan acara pertama mereka bersempena dengan Earth Hour, yang mana dipanggil sebagai OfficeKami Earth Hour (OKEH) yang telah dijalankan di San Francisco Coffee. OfficeKami juga telah diperkenalkan di beberapa acara terkemuka, termasuk di BarCampKL dan juga TEDxMMU.

Anda juga boleh menyertai OfficeKami dengan menghantarkan ulasan berkenaan tempat yang anda minati kepada OfficeKami dan disertakan disana untuk rujukan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai idea yang menarik untuk OfficeKami, anda juga boleh menghantarkan kepada pembangun untuk diambil kira dalam pembangunan OfficeKami. Untuk perancangan masa hadapan, OfficeKami bakal dibawa ke tahap global, dimana lebih banyak tempat dan lokasi daripada pelbagai negara akan turut disertakan (kini terdapat juga lokasi daripada Istanbul di OfficeKami).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd