Sertakan Imej Pada GMail Dengan Lebih Mudah

Sertakan Imej Pada GMail Dengan Lebih Mudah

Diterbitkan pada Mei 12, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini Google memperkenalkan fungsi untuk attach fail pada GMail dengan mudah, dengan hanya melalui drag-dan-drop, kini fungsi tersebut diperluaskan, dimana kini anda boleh membuat perkara yang sama untuk menyertakan imej pada emel.

Kini, anda tidak lagi perlu untuk memuat-naik imej seperti dahulu lagi untuk menyertakannya pada mesej emel anda, dimana anda boleh membuatnya dengan lebih mudah, iaitu dengan hanya drag-dan-drop imej pada mesej emel GMail anda.

Walaubagaimanapun, fungsi ini kini hanya boleh digunakan di Google Chrome sahaja, dan dijangka akan menyokong di pelayar-pelayar lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN