Sistem operasi mudah-alih daripada Google makin menarik hari demi hari. Kini, dengan Android 2.2 atau yang mana dikenali sebagai Android Froyo, ianya dikatakan yang mana membawakan kelajuan sehingga 450% lebih pantas daripada Android 2.1.
Froyo dikatakan membawa kepantasan sehingga 4.5 kali ganda berbanding Android 2.1 (Eclair) tanpa sebarang penggunaan hardware baru. Ini semua menjadi kenyataan dengan penggunaan JIT compiler, dimana ianya akan mengambil sedikit masa ketika menghidupkan telefon Android anda, namun berfungsi lebih pantas ketika menjalankan sebarang aplikasi dan sebagainya.
Pada masa yang sama, ianya juga akan menyokong sepenuhnya Adobe Flash. Kini, ianya diketahui mengapakah Adobe tunggu sehingga Froyo untuk memperkenalkan Flash pada Android. Ianya adalah kerana Froyo adalah suatu platform yang amat pantas berbanding versi terdahulu, dimana Flash tidak akan menghadapi sebarang masalah atau mengakibatkan kelembapan operasi padanya.