Carian
Office Mobile 2010 Di Lancarkan
May 13, 2010 Aman

Selain daripada Office 2010 yang dilancarkan kepada pengguna perniagaan, Microsoft turut sama melancarkan Office Mobile 2010 kepada semua pengguna Windows Mobiler 6.5, membolehkan mengedit fail Office secara terus melalui telefon pintar.


Office Mobile 2010 [via]

Office Mobile 2010 membolehkan pengguna mengubahsuai fail-fail Office 2010 seperti Word, Excel, dan PowerPoint secara terus melalui telefon pintar dengan mudah, dan seterusnya turut sama berkongsi dengan pengguna desktop dengan mudah melalui pengintegrasian SharePoint.

Sekiranya anda telah sedia pasang Office versi terdahulu pada telefon Windows Mobile 6.5 anda, anda kini boleh menaik-taraf secara percuma dengan memuat-turun Office Mobile 2010 secara terus melalui Windows MarketPlace.

Komen