Facebook Bakal Di Integrasikan Pada iPhone OS?

Facebook Bakal Di Integrasikan Pada iPhone OS?

Diterbitkan pada Mei 13, 2010 oleh .

Memandangkan populariti Facebook yang kian naik sekarang ini, kini, beberapa ura-ura mula memperkatakan yang mana Apple bakal kelak mengintegrasikan bersama Facebook pada iPhone OS 4.0 yang mana bakal dilancarkan tidak lama lagi.


Aplikasi Facebook 3.0 Untuk iPhone

Apple dijangka akan mengumumkan fungsi dan pengintegrasian Facebook pada iPhone pada Apple WorldWide Developer Conference yang bakal diadakan pada 7 Jun kelak, dimana pada tarikh yang sama, iPhone generasi baru dijangka akan diperkenalkan kepada umum.

Ianya dikatakan yang mana sekurang-kurangnya, Apple akan mengintegrasikan bersama senarai hubungan (contact sync) melaluinya, membolehkan anda menarik senarai hubungan Facebook terus ke buku alamat yang terdapat pada iPhone. Fungsi seumpamanya telah pun sedia terdapat pada beberapa sistem mudah-alih yang lain, termasuk pada Android. Ianya juga turut dikatakan yang mana Facebook Connect juga akan diintegrasikan bersama, membolehkan para pembangun aplikasi iPhone mengintegrasikan fungsi sosial Facebook terus ke aplikasi mereka dengan mudah.

Kini, ianya dikatakan yang mana hampir 10% pengguna Facebook, iaitu lebih 34.2 juta pengguna Facebook menggunakan aplikasi iPhone secara aktif melalui aplikasi iPhone mereka, dan sebelum ini, Facebook dan Apple pernah bekerjasama seperti pada iTunes dan juga Apple iPhoto.


TIPS & ULASAN