Chrome OS Makin Interaktif dan Menarik

Chrome OS Makin Interaktif dan Menarik

Diterbitkan pada Mei 14, 2010 oleh .

Masihkah anda ingat akan projek sistem operasi yang berasaskan perkomputeran-awam yang dibangunkan oleh Google, iaiu Chrome OS? Setelah ianya diperkenalkan sebelum ini, kini ia telah dibangunkan dan berevlosi dengan menarik sekali.

Sebelum ini, Google telah pun memperlihatkan konsep awal Chrome OS yang mana ringan dan pantas, dan kini beberapa antaramuka baru Chrome OS mempelihatkan yang mana pembangunan Chrome OS amat aktif. Beberapa rekabentuk baru memperlihatkan panel pengurusan tetingkap, panel pada pelayar web dan sebagainya.


Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]


Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif Pada Pelayar [info]


Panel-panel Pada Chrome OS [info]

Bagi yang masih tidak mengenali Chrome OS, ianya merupakan suatu projek dibawah Chromium yang mana merupakan sebuah sistem operasi yang bergantung sepenuhnya kepada internet, dimana kebanyakkan data dan fail disimpan pada internet, sekaligus menjadikan ianya sebuah sistem yang amat ringan dan pantas berfungsi.

Via : TechCrunch


TIPS & ULASAN