Pra-Alpha Firefox 4.0 Sedia Di Uji

Pra-Alpha Firefox 4.0 Sedia Di Uji

Diterbitkan pada Mei 14, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia ketahui yang mana Mozilla sedang dalam proses pembangunan Firefox 4.0 yang mana bakal membawakan pelbagai perkara baru termasuk antaramuka baru. Menariknya, kini anda boleh menikmati versi pembangunannya yang dilabelkan Firefox 3.7 Alpha 5.


Antaramuka Firefox Yang Baru

Ianya sedia diketahui yang mana versi Firefox seterusnya adalah Firefox 3.6.4 yang mana bakal membawakan fungsi Out-Of-Process Plugin. Ianya sepatutnya sudah pun dilancarkan, tetapi ditangguhkan disebabkan beberapa perkara yang berkait dengan masalah Out-Of-Process Plugin.


Pilihan Tab Pada Bahagian Atas

Selepas Firefox 3.6.4, Mozilla dijangka akan terus ke Firefox 4.0 yang dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, dimana beta pertamanya boleh diuji mulai bulan Jun 2010 kelak. Namun begitu, bagi yang tidak sabar menunggu, boleh mencuba versi pembangunan Firefox 4.0 yang mana kini dilabelkan sebagai Firefox 3.7 Alpha 5.


TIPS & ULASAN