Carian
Maxis dan PayPal Mengumumkan Kerjasama Strategik
May 14, 2010 Aman

PayPal dan Maxis Berhad hari ini mengumumkan kerjasama strategik yang mana bakal membolehkan para pengguna Maxis membuat pembayaran dalam talian secara terus melalui akaun PayPal, sekaligus memperkenalkan transaksi dalam talian dan mudah-alih yang lebih terjamin dan selamat.

Melalui kerjasama ini, PayPal dan Maxis akan bergabung kepakaran dalam membangunkan sebuah penyelesaian dalam talian dan memperkenalkan suatu platform untuk membuat bayaran mudah-alih yang mudah dan selamat melalui akaun Maxis-PayPal.

Untuk mula menggunakannya, para pengguna baru perlu mendaftar akan akaun Maxis-PayPal, manakala pengguna PayPal sedia ada perlu menaik-taraf akaun PayPal mereka kepada akaun Maxis-PayPal. Selesai pendaftaran kelak, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi mudah-alih untuk telefon bimbit masing-masing, samaada untuk iPhone, BlackBerry, Android ataupun Nokia.

Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula bulan Ogos kelak.

Komen