Google Chrome 6.0 Sudah Sedia Untuk Di Uji

Google Chrome 6.0 Sudah Sedia Untuk Di Uji

Diterbitkan pada Mei 15, 2010 oleh .

Selepas Chromium mencecah angka 6.0 tempoh hari, kini Google Chrome turut sama telah diperkemas-kini dengan Chrome 6.0.401.1 bagi saluran pembangun untuk pengguna sistem operasi Windows, Linux dan juga Mac OS.

Pada masa yang sama, Chrome 5.0 versi penuh untuk pengguna biasa sudah pun hampir siap sepenuhnya, dan mungkin akan dilepaskan oleh Google dalam bulan ini ataupun bulan hadapan. Sehingga kini, masih tiada tarikh nyata yang diumumkan oleh Google lagi, namun begitu, ianya sudah pun sedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa.

Chrome 6.0.401.1 menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hostname, serta beberapa masalah rendering pada Windows dan juga Linux. Pada masa yang sama, Chrome 6.0.401.1 juga kelihatan sedikit pantas berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna yang ingin mencuba Chrome 6.0 ini, anda boleh melanggan kepada saluran pembangun dan seterusnya mengaktifkan Chrome pada komputer anda sebagai pengguna pembangun. Namun begitu, ianya mungkin mempunyai beberapa masalah yang tidak dikenal-pasti, dan tidak sesuai untuk digunakan pada komputer utama.


TIPS & ULASAN