BlackPad – Tablet BlackBerry Dari RIM?

BlackPad – Tablet BlackBerry Dari RIM?

Diterbitkan pada Mei 15, 2010 oleh .

Selain daripada beberapa syarikat yang sudah pun mengumumkan untuk memperkenalkan PC tablet sebagai pesaing kepada iPad dari Apple, kini RIM juga dikatakan akan membangunkan sebuah tablet BlackBerry yang baru dan akan diperkenalkan pada tahun ini.

Tablet daripada BlackBerry ini, kini menggunakan nama kod BlackPad dan ianya dikatakan bakal membawakan skrin seluas 8.9″ serta fungsi-fungsi seumpama seperti iPad daripada Apple, iaitu kebolehan untuk membaca emel, melayari emel, memainkan video dan bemain game dengan mudah dan senang.

Selain daripada iu, ianya dikatakan, tablet BlackPad ini kelak akan dibangunkan sebagai gajet untuk menemani telefon pintar BlackBerry sedia ada, dan tidak akan didatangkan dengan sokongan selular padanya. Walaubagaimanapun, para pengguna boleh mengakses internet melalui WiFi serta berkongsi talian dengan telefon pintar BlackBerry melalui Bluetooth.

Ianya dijangka BlackPad ini kelak akan menggunakan sistem operasi BlackBerry OS dan turut didatangkan dengan sokongan BlackBerry App World. BlackPad ini dijangka akan berada di pasaran pada bulan Disember kelak ataupun lebih awal daripadanya.


TIPS & ULASAN