Setelah memperkenalkan Chrome Extensions Gallery sebelum ini, kini Google menambah baik halaman tersebut dengan memperkenalkan fungsi kategori, sekaligus memudahkan navigasi pada laman tersebut.
Melaluinya, kini Google memperkenalkan lebih 6 kategori, iaitu, Pembangunan Web, Blogging, Shopping, Sukan, Menarik, daan satu lagi kategori khas untuk Chrome Extensions daripada Google sendiri. Ianya masih lagi baru, dan mungkin akan memperkenalkan lebih banyak kategori pada masa akan datang nanti.
Sebelum ini, Google memperkenalkan fungsi Extensions pada Chrome bermula daripada Chrome 4.0 membolehkan penggunaan plugin tambahan dan juga sokongan aplikasi pihak ketiga dengan lebih mudah melaluinya. Kini, terdapat ribuan extensions yang terbina khas untuk Chrome.