Cari @ Amanz

Hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan dengan usahasama Jaring telah melancarkan Internet Thoyyibah, iaitu sebuah pelayar web yang bakal berfungsi menapis laman-laman web tertentu yang disenarai hitamkan seperti laman lucah.

Buat masa ini, terdapat beberapa aplikasi yang sedia ada membolehkan para pengguna untuk membuat tetapan sendiri untuk mengawal aktiviti pelayaran web. Namun begitu, ianya masih boleh diatasi dengan penukaran beberapa tetapan di pelayar web.

Internet Thoyyibah bakal membawakan konsep baru, dimana aktiviti penyelengaraan dilakukan sendiri oleh pihak Jaring, sekaligus menjadikan aktiviti pelayaran web oleh para pengguna lebih selamat. Sama seperti antivirus, ianya bakal memerlukan para pengguna untuk memperbaharui lesen pada setiap tahun.

Menerusi Internet Thoyyibah ini, pelayar web dikawal melalui dua konsep iaitu menyekat mana-mana aplikasi yang disenarai hitamkan atau memberi laluan kepada aplikasi yang disenarai putih atau internet berhemah. Ini sekaligus menggalakkan pengguna internet menggunakan peralatan teknologi moden yang ada tetapi mengikut kaedah yang halal melalui penggunaan internet secara berhemah dan selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd