Hotmail Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru

Hotmail Bakal Membawakan Pelbagai Perkara Baru

Diterbitkan pada Mei 18, 2010 oleh .

Hotmail merupakan antara penyedia emel terawal di arena internet, dan sejak GMail dan beberapa penyedia lain turut menyertai industri, mereka kelihatan sedikit ketinggalan. Untuk mengejar kembali, kini Microsoft mengumumkan beberapa perkara baru yang bakal diperkenalkan pada Hotmail kelak.


Gambar Pada Emel Kini Lebih Terurus Di Emel

Melalui Hotmail baru kelak, Microsoft ingin membawakan beberapa peningkatan pada Hotmail, termasuk sekuriti yang ditambah baik, pengurusan imej dan gambar pada emel dengan lebih menarik, pengurusan senarai hubungan dan juga akses mudah-alih yang lebih bagus, dan pengintegrasian bersama aplikasi Office Web pada Hotmail.

Selain daripada itu, banyak lagi perkara baru akan diperkenalkan pada Hotmail dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN