Yahoo! Kini Menjadi Pemilik Associated Content

Yahoo! Kini Menjadi Pemilik Associated Content

Diterbitkan pada Mei 19, 2010 oleh .

Setelah lama tidak membeli sebarang syarikat atau web baru, kini Yahoo! kembali ke arena dengan membeli Associated Content pada harga yang diura-urakan antara $90 hingga $100 juta. Melaluinya, Yahoo! ingin menambah lagi kandungan dan artikel yang ditawarkan oleh pihak mereka.

Antara perancangan Yahoo! adalah dimana mereka bercadang untuk menyatukan kedua-dua sidang editor untuk memperbanyakkan lagi artikel dan kandungan, pada masa yang sama, mengintegrasikan pengiklanan mereka pada Associated Content.

Kini, Yahoo! dikatakan lebih berminat untuk membina kandungan web setelah mereka memberi Microsoft kebenaran untuk mengendalikan enjin carian bagi pihak mereka. Associated Content adalah salah satu penyedia kandungan pada web dimana mereka mempunyai pelbagai jenis kandungan, termasuk teks, video, audio dan pelbagai lagi yang merangkumi pelbagai topik.

Associated Content telah dilancarkan pada 2005, dan kini mendapat lebih 16 juta pengunjung setiap bulan. Antara pesaing terdekat Associated Content adalah AOL, dan mungkin dengan pemilikan oleh Yahoo! ini, ianya bakal membawakan pelbagai perkara menarik dan faedah berguna kepada syarikat tersebut.


TIPS & ULASAN