Cloud Storage dan CDN makin mendapat perhatian akhir-akhir ini, dan kini ianya diura-urakan yang mana Google bakal melancarkan Google Storage sebagai penyaing Amazon S3 pada acara Google I/O pada minggu ini.
Ianya dijangka akan dikenali sebagai Google Storage for Developer dan buat permulaan ini, ianya dijangka akan diperkenalkan dalam bentuk beta tertutup terlebih dahulu. Ianya juga diperkatakan yang mana, Google akan memudahkan para pengguna Amazon S3 untuk berpindah kepada Google Storage dengan amat mudah sekali.
Antara beberapa fungsi-fungsi yang bakal diperkenalkan pada Google Storage juga dijangka adalah termasuk REST API, kebolehan untuk menguruskan data melalui command line, kebolehan untuk memuat-turun oleh yang terpilih sahaja dan banyak lagi.