Google Wave Kini Di Buka Untuk Semua

Google Wave Kini Di Buka Untuk Semua

Diterbitkan pada Mei 20, 2010 oleh .

Bagi para pengguna Google Wave, ianya sedikit sukar untuk berkolaborasi dan berbincang sehingga semalam, dimana, ianya memerlukan emel jemputan terlebih dahulu untuk menyertainya. Namun begitu, kini Google Wave telah pun dibuka untuk umum membolehkan semua menyertainya.

Google Wave boleh dikatakan sedikit berat, dan ini membuatkan ramai yang tidak menggunakannya. Malah, pendaftaran mengikut emel jemputan juga telah mematahkan semangat ramai penggunanya. Namun begitu, kini tiada lagi halangan sebegitu apabila Google Wave dilancarkan secara rasminya.

Google Wave
Antaramuka Google Wave

Pada masa yang sama, pengguna Google Apps juga bakal mendapat sokongan Google Wave pada akaun mereka hari ini. Selain itu, untuk menggalakkan pengguna menggunakannya, Google turut sama menyediakan beberapa video untuk mempromosikan Google Wave, pada masa yang sama memperlihatkan fungsi-fungsi Google Wave yang menarik dan interaktif.

Google juga kini mengatakan yang mana Google Wave kini lebih stabil dan ringan berbanding dahulu. Bagi para pengguna yang masih tidak mengenali Google Wave, ianya merupakan salah satu platform untuk bekerjasama dan berkolaborasi bersama rakan-rakan anda yang lain dalam masa nyata.


TIPS & ULASAN