Google Memperkenalkan Chrome Web Store

Google Memperkenalkan Chrome Web Store

Diterbitkan pada Mei 20, 2010 oleh .

Kini, segalanya adalah berkaitan dengan aplikasi, dan Google ingin merevolusikan penggunaan Chrome, dengan kini memperkenalkan Chrome Web Store, dimana melaluinya, Google menyediakan sebuah koleksi aplikasi web yang boleh digunakan pada Chrome.


Chrome Apps

Pengguna yang menggunakan aplikasi web daripada Chrome Web Store boleh membuat pautan ringkas ke aplikasi web tersebut pada Google Chrome, sekaligus memudahkan mereka untuk mengaksesnya. Pada masa yang sama, selain daripada aplikasi percuma, pembangun juga boleh membangunkan aplikasi berbayar, dan menawarkannya pada sebuah harga yang menarik, dan berkemungkinan besar akan diintegrasikan bersama Google Checkout.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan Chrome Web Store dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini. Buat masa ini, para pengguna dan pembangun boleh mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengan Chrome Web Store melalui halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN