Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan yang mana kabel SMW4 yang menghubungkan Asia Tenggara-Asia Tengah-Eropah Barat (SMW4) kini sekali lagi menghadapi masalah, dan kerja pembaikmulihan akan mula dilakukan oleh pihak TM mulai 23 Mei 2010.

Pada ketika proses pembaikmulihan dilakukan, proses melayari laman web yang dihoskan di server Eropah mungkin akan menghadapi sedikit kelembapan, walaupun impaknya dijangkakan adalah minimum. Para pengguna boleh menghubungi Telekom Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan gangguan internet ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd