Cari @ Amanz

Selain daripada lima telefon bimbit Android yang ditawarkan oleh Maxis, kini, Maxis dijangkakan akan membawa masuk HTC Desire yang mana menggunakan Android 2.1 dan turut membawakan Sense UI yang turut dibawakan oleh HTC Legend yang ditawarkan Maxis.

Melalui sebuah bancian ringkas, Maxis dilihat sedang mencari lebih kurang 10 orang pengguna untuk melakukan ulasan ringkas berkaitan dengan HTC Desire serta pada masa yang berkongsi pengalaman menggunakan HTC Desire bersama yang lain.

Pada masa yang sama, Maxis juga sedang mencari orang yang agak popular di arena laman sosial, dimana beberapa persoalan ditanya, termasuk bilangan pengikut seseorang itu dilaman-laman sosial, termasuk Friendster, Facebook, Twitter, Flickr, YouTube dan juga MySpace.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd