Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, isu privasi dan juga Facebook semakin hebat diperkatakan. Untuk memastikan diri anda tidak menjadi mangsa privasi Facebook, maka anda boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dengan info yang anda dedahkan di Facebook, selain mengujinya menggunakan laman Reclaim Privacy.

Untuk menggunakan aplikasi ReclaimPrivacy.org, anda hanya perlu menambah sebuah pautan pada bookmark bar anda, dan seterusnya pergi ke halaman privasi di Facebook, dan membuat pemeriksaan ringkas tetapan privasi anda di Facebook.


Semakan Tetapan Privasi Anda Di Facebook

Kini, isu privasi dan Facebook telah menjadi sebuah masalah besar, dimana beberapa info dan data pengguna dibolehkan untuk diperlihatkan kepada umum dengan mudah sekiranya mereka tidak menukar beberapa tetapan pada Facebook, dan melalui ReclaimPrivacy ini, para pengguna boleh memastikan data dan informasi mereka sentiasa selamat daripada pihak ketiga.

Tips daripada Iwani, pembangun JomTwit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd