Carian
Google Memperlihatkan Google TV
May 21, 2010 Aman

Seperti yang dinantikan, hari ini, Google telah memperkenalkan Google TV pada acara Google I/O tahunan. Melaluinya, Google ingin menyatukan web dan TV tanpa menganggu pengalaman melihat video ataupun web pada TV.


Logo Google TV [via]

Kini, Google mengatakan yang mana pengiklanan tahunan pada televisyen sahaja melihat angka sebesar $70 billion, dan tentunya, Google yang membangun bersama platform pengiklanan mereka ingin meneroka pasaran baru, dan kini televisyen telah menjadi matlamat utama mereka.

Jadi apakah yang Google TV bawakan? Melalui Google TV, para pengguna boleh membuat carian pantas mengenai program atau rancangan pilihan mereka, dan ianya akan diperlihatkan kepada anda. Sama seperti TV biasa, Google TV akan didatangkan dengan sebuah alat kawalan jauh yang baru, yang bakal memudahkan anda melakukan carian dan sebagainya.


Carian Pada Google TV [via]

Sama seperti pada pelayar web, anda boleh melihat episod dan video secara terus daripada TV anda. Menurut Google, video amat menarik dilihat pada televisyen, dan Google TV adalah salah satu penyelesaiannya.

Menariknya, Google TV juga menggunakan konsep sama seperti Chrome, dimana pada muka utamanya, ianya memperlihatkan antaramuka seumpama Media Center, dan halaman tersebut akan berubah mengikut cara bagaimana anda menggunakan Google TV.


Google TV dan Netflix [via]

Sebelum ini, kedengaran yang mana Google bekerjasama bersama Intel, Sony dan Logitech untuk membawakan Google TV. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah masanya Google TV akan berada di pasaran.

Komen