Lebih 150 Orang Berdaftar Ke WordCamp Esok

Lebih 150 Orang Berdaftar Ke WordCamp Esok

Diterbitkan pada Mei 21, 2010 oleh .

Esok akan berlangsungnya WordCamp Malaysia yang pertama, dimana kini dikatakan sambutannya agak kurang memberangsangkan, dimana sehingga kini, hanya lebih kurang 150 orang sahaja yang telah mendaftarkan diri daripada apa yang dijangkakan oleh penganjur, iaitu lebih kurang 250 orang.

Walaubagaimanapun, ianya tidak terlewat untuk anda untuk mendaftarkan diri dan turut serta menyertai WordCamp Malaysia yang pertama esok, dimana tiket yang dijual dilokasi kini berharga RM250, memandangkan pendaftaran melalui dalam talian telah pun ditutup oleh pihak penganjur untuk bersedia untuk esok.

Pada WordCamp Malaysia esok, beberapa orang terkemuka akan menyampaikan beberapa topik menarik berkaitan dengan WordPress, termasuk Naoko daripada Automattic, LiewCF dan juga Aizatto. Jika semuanya berjalan lancar, berkemungkinan besar, kami akan mengemaskini setiap penyampaian pada WordCamp Malaysia secara langsung di Amanz.


TIPS & ULASAN