Jom Main PacMan Di Halaman Utama Google

Jom Main PacMan Di Halaman Utama Google

Diterbitkan pada Mei 21, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan epal yang jatuh pada doodle Google sebelum ini, kini Google membawakan sebuah doodle yang boleh dimainkan bersempena dengan ulang-tahun permainan PacMan yang ke-30 hari ini.


Doodle Google Bersempena Dengan UlangTahun PacMan

Menariknya pada doodle PacMan hari ini adalah dimana para pengguna boleh mengawal dan memainkan permainan PacMan ini sama seperti permainan asalnya, termasuk dengan bunyi dan boleh dimainkan sehingga tahap yang ke 256 sama seperti permainan asal.

Selain daripada itu, pautan Im Feeling Lucky juga telah diubah dengan pautan Insert Coin, dimana sekiranya anda menekan Insert Coin setelah permainan dimulakan, anda boleh mengawal lagi satu PacMan, dipanggil Ms. PacMan dengan menggunakan kekunci WASD.

Permainan ini boleh dimainkan untuk 48 jam yang seterusnya, sebelum doodle PacMan digantikan dengan logo Google yang asal kembali. Jadi, tunggu apa lagi?


TIPS & ULASAN