Carian
ManggaAd Sertai Industri Pengiklanan Dalam Talian
May 22, 2010 Aman

Selain daripada beberapa pengiklan dalam talian sedia ada, seperti Nuffnang, Advertlets, Innity dan AdMaxAsia, kini ManggaOnline turut sama menyertai industri pengiklanan dalam talian, dimana para penulis blog boleh menjana lebih wang melalui program pengiklanan mereka.


Panel Pengurusan ManggaAd

ManggaAd muncul dengan sebuah kaedah berbeza dimana, mereka menyediakan sebuah platform dengan ciri-ciri rangkaian sosial untuk penulis-penulis blog. Iklan yang diperlihatkan juga berbeza, dimana selain daripada unit standard IAB, ManggaAd juga turut memperkenalkan iklan-iklan sosial dalam bentuk iklan dengan ciri komen dan pengundian, bar iklan sosial serta iklan-iklan populariti.

Kadar pecahan bayaran adalah antara 50% hingga 90% dimana sekiranya seorang penulis blog menjana lebih wang melalui ManggaAd, maka kadar pecahan baginya akan menjadi lebih besar, dan begitu juga sebaliknya. Para penggunanya perlu menunggu hingga mencecah RM50 sebelum boleh mengeluarkan wang tersebut. Namun tetapan ini boleh diubah menjadi sehingga serendah RM25.

Bagi pengiklan pula, mereka boleh mendapatkan maklumbalas dalam bentuk komen dan undian secara terus daripada pengguna. Dengan cara begini, mereka boleh mendapatkan komen membina daripada pengguna, disamping perspektif iklhas pengguna berkenaan dengan produk mereka.

Komen