Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, hari ini merupakan dimana berlakunya WordCamp Malaysia yang pertama, dan menariknya, pihak penganjur telah membawakan salah seorang pembangun daripada Automattic, syarikat disebalik WordPress, dimana beliau berkongsi beberapa data-data menarik berkaitan dengan WordPress.

WordPress 3.0 TwentyTen
Tema Baru Pada WordPress 3.0

Bagi yang masih tidak kenali WordPress, WordPress telah dimulakan oleh Matt pada 27 Mei 2005, dimana sejak daripada itu, mereka memperkenalkan tema Kubrick yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Menariknya, perkara tersebut akan mula berubah mulai WordPress 3.0, dimana WordPress bakal memperkenalkan tema baru dengan nama TwentyTen.

Selain daripada itu, WordPress 3.0 juga bakal mengabungkan WordPress.org bersama-sama dengan WordPress MU. WordPress.com merupakan salah satu laman yang mengguna-pakai WordPress MU, dimana sehingga kini, WordPress.com telah mempunyai lebih 10.6 juta laman dibawah mereka, 250 juta kunjungan unik setiap bulan serta lebih 2 billion paparan setiap bulan. WordPress.com juga merupakan laman yang ke-12 dikunjungi di Malaysia.

Buat masa ini, kemaskini bagi perisian yang diguna pakai oleh lebih 79% laman popular didunia, serta digunapakai oleh hampir 8.5% laman diseluruh dunia ini akan dilancarkan pada bulan Jun kelak. Namun begitu, perkara ini mungkin berubah memandangkan pembangunan WordPress 3.0 telah pun mencapai tahap 93% ketika artikel ini ditulis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd