Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah ketahui apakah itu LTE, iaitu sebahagian daripada teknologi 4G. Menariknya, kini ura-ura mengatakan yang mana Maxis telah mendapatkan lesen untuk mencuba teknologi LTE selama dua bulan sebelum ianya mendapat lesen penuh sekiranya berjaya.

Melalui 4G, Malaysia memberikan penggunaan gelombang antara 900 Mhz dan 2.5 Ghz, dan ianya dipercayai yang mana Maxis bakal menggunapakai gelombang 2.5 Ghz memandangkan mereka telah pun menguji 900 Mhz untuk 3G tahun lepas.

Penyedia talian telekomunikasi yang mempunyai lebih 12 juta pengguna itu, memperuntukkan lebih kurang RM1.4 billion untuk tahun ini, untuk mengembangkan perkhidmatan dan kualiti rangkaian mereka. Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana pengguna rangkaian Maxis lebih menggunakan talian untuk data berbanding suara, dan trend penggunaan data dijangka akan meningkat pada penghujung tahun ini nanti.

Sebelum ini, Maxis telah melancarkan mikro-SIM khas untuk pengguna iPad di Malaysia. Mereka juga dijangka akan memperkenalkan HTC Desire di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd