Mungkin ramai yang sudah ketahui, salah satu cara untuk melakukan ujian kelajuan internet anda adalah melalui laman SpeedTest, dan menariknya, melalui 10,332,239 ujian yang dilakukan pada laman tersebut, kini diketahui yang mana Malaysia menduduki tangga ke-105 dalam tawaran kelajuan muat-turun melalui internet.
Seperti sedia maklum, negara yang menawarkan internet paling laju adalah Korea Selatan dengan kelajuan purata 36.23 Mb/s diikuti oleh Latvia dengan 24.07 Mb/s, Republic of Moldova dengan kelajuan 21.31 Mb/s dan Jepun dengan kelajuan 20.33 Mb/s. Kelajuan muat-turun purata yang ditawarkan oleh Malaysia adalah 1.94 Mb/s. Jikalau dilihat hanya dari benua Asia, jiran kita, Singapura menduduki tangga ke-lima dengan kelajuan muat-turun selaju 8.48 Mb/s.
Berbeza dengan muat-turun, jikalau dilihat dari segi muat-naik pula, Malaysia menduduki tangga ke-90 dengan purata kelajuan muat-naik pada kadar 0.71 Mb/s. Korea Selatan sekali lagi mengunguli carta muat-naik dengan kelajuan 18.29 Mb/s diikuti Latvia dengan 1.66 Mb/s.
Jikalau dilihat dari perspektif Malaysia, negeri yang menawarkan kelajuan muat-turun paling tinggi adalah di Pulau Pinang dengan kelajuan muat-turun sehingga 3.20 Mb/s, diikuti Melaka dengan 3.05 Mb/s, dan Selangor dengan kelajuan sehingga 2.69 Mb/s. Wilayah Persekutuan menduduki tangga ke-enam dibelakang Terengganu dengan kelajuan sehingga 2.49 Mb/s.
Berbeza pula untuk kelajuan muat-naik apabila negeri yang menawakan kelajuan muat-naik paling laju adalah Labuan dengan kelajuan sehingga 1.17 Mb/s diikuti Pulau Pinang dengan kelajuan sehingga 1.14 Mb/s. Melaka sekali lagi mengekori rapat dibelakang Pulau Pinang dengan kelajuan muat-naik sehingga 1.02 Mb/s.
Dari segi penyedia rangkaian internet pula, TM Net menduduki tangga kedua dengan tawaran kelajuan sehingga 16.24 Mb/s, TIME dengan kelajuan purata 7.48 Mbps. Walaubagaimanapun, angka ini dijangka akan berubah sepenuhnya apabila UniFi diperkenalkan di lebih banyak lokasi di Malaysia.
Tips oleh Nas. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus.