Cari @ Amanz

Twitter hari ini mengumumkan sesuatu yang baru yang mana bakal membuatkan ramai yang bersedih di luar sana, dimana mereka tidak lagi akan membenarkan sebarang servis pihak ketiga untuk menggunakan API Twitter untuk menyertakan iklan pada tweet.

Promoted tweet
Contoh Iklan Promoted Tweets

Melalui suatu artikel khas, hari ini, Twitter mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan membenarkan pihak ketiga untuk menyertakan iklan pada Twitter, selain daipada platform pengiklanan mereka sendiri, iaitu Promoted Tweets. Peraturan penggunaan Twitter API yang baru juga akan diperkenalkan tidak lama lagi oleh Twitter.

Ini sekaligus membawa berita buruk kepada pengiklan yang memfokuskan bisnes mereka kepada pengiklanan pada Twitter seperti Churp Churp yang dimiliki oleh Nuffnang. Twitter berharap mereka akan beralih kepada perkara baru, dan mengalihkan perhatian mereka kepada fungsi Annotation pada Twitter yang dikatakan mempunyai pelbagai peluang untuk membangun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd