Yahoo! Membeli Koprol Dari Indonesia

Yahoo! Membeli Koprol Dari Indonesia

Diterbitkan pada Mei 25, 2010 oleh .

Setelah tiada berita lanjut berkenaan dengan tawaran Yahoo! kepada FourSquare yang dikatakan hampir $100 juta, kini Yahoo! beralih arah dengan membeli Koprol, iaitu salah satu servis lokasi seumpama FourSquare yang dibangunkan di Indonesia.


Koprol Kini Milik Yahoo! [via]

Walaubagaimanapun, harga pembelian Koprol masih tidak didedahkan kepada sesiapa. Sama seperti FourSquare, melalui Koprol, para penggunanya boleh check-in pada beberapa lokasi dan berkongsi maklumatnya bersama rakan-rakan mereka yang lain. Pada masa yang sama, pengguna Koprol juga boleh berkongsi gamba, ulasan dan beberapa maklumat lain secara terus melalui pelayar web mudah-alih pada telefon bimbit.

Buat masa ini, Koprol boleh dikatakan sebuah servis yang agak popular di Indonesia, dan Yahoo! dijangka akan terus melabur dalam membangunkan servis Koprol. Dan mungkin, tidak lama lagi, kita mungkin dapat melihat salah satu servis yang dibangunkan di nusantara ini bersaing dengan FourSquare dan juga Gowalla.


TIPS & ULASAN