Versi Stabil Chrome Untuk Linux dan Mac Di Lepaskan

Versi Stabil Chrome Untuk Linux dan Mac Di Lepaskan

Diterbitkan pada Mei 26, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, kini Google secara rasminya telah melepaskan versi stabil Chrome untuk para pengguna yang menggunakan sistem operasi Linux dan Mac OS. Melaluinya, pelbagai fungsi baru disertakan, membuatkan pengguna Linux dan Mac OS tidak ketinggalan.

Melalui Chrome versi stabil untuk para pengguna Linux dan Mac OS ini, fungsi HTML5 seperti geolokasi, drag-dan-drop, dan banyak lagi turut disertakan bersama, membolehkan anda melayari laman-laman dengan sokongan HTML5 seperti Scribd, mahupun cuba fungsi drag-dan-drop pada GMail dengan amat mudah sekali.

Walaubagaimanapun, Flash Player masih tida disertakan dalam versi stabil Chrome ini seperti mana yang disertakan pada versi beta Chrome baru-baru ini. Namun begitu, ianya dijangka akan disertakan dengan pelancaran rasmi Flash Player 10.1 tidak lama lagi.

Bagi pengguna sedia ada, anda boleh mengemas-kini Chrome anda secara automatik, dan sekiranya anda masih tidak mempunyai Chrome yang terpasang pada komputer Linux atau Mac anda, anda boleh memuat-turunnya secara rasmi dari laman Google Chrome.


TIPS & ULASAN