Sebelum ini, Twitter telah mengumumkan perubahan peraturan penggunaan API Twitter oleh para pengiklan yang menggunakan platform Twitter. Menariknya, penyedia pengiklanan Twitter tempatan, Churp-Churp sudah pun mengambil langkah awal untuk menghadapinya.
Buat masa ini, Churp-Churp beroperasi dengan dimana anda akan diperlihatkan dengan kempen iklan bau, dan anda boleh menulis berkaitan dengannya, dan setelah ianya disahkan oleh pihak Churp Churp, iklan tersebut akan diperlihatkan pada akaun Twitter anda.
Antaramuka Laman Churp Churp
Melalui perubahan yang baru kelak, ianya melarang fungsi memperlihatkan tweet secara automatik melalui API Twitter untuk tujuan pengiklanan. Mungkin selepas ini, Churp Churp akan memperkenalkan suatu platform untuk menghantar tweet oleh anda sendiri, dan akan diperhatikan melalui suatu sistem terbina padanya.
Namun begitu, buat masa ini, mereka masih lagi dalam proses membuat beberapa perubahan, dan mereka akan memperkenalkannya sebaik sahaja Twitter memperkenalkan peraturan baru mereka.
Sehingga itu, para pengguna Churp Churp masih boleh menyelesaikan kempen-kempen pengiklanan mereka seperti biasa.