Cari @ Amanz

Umum sedia ketahui yang mana antara sebab pengguna aktif menggunakan Facebook adalah disebabkan oleh permainan dan aplikasi yang terbina padanya. Kini, Yahoo! turut mengumumkan kerjasama bersama Zynga untuk membawakan permainan ke laman mereka.

Ianya dijangkakan yang mana, beberapa permainan dalam talian Zynga yang bercirikan sosial akan diintegrasikan sepenuhnya bersama platform Yahoo!, membolehkan para pengguna Yahoo! mendapat notifikasi dan kemaskini permainan sosial dalam talian itu dengan mudah.

Sebelum ini, sekian lama Yahoo! telah berhajat untuk menjadi antara platform sosial utama, dan ianya mungkin akan bermula dengan kerjasama bersama Zynga ini. Mungkin juga, ianya bukan sekadar pada laman utama, dan akan diintegrasikan bersama dengan produk Yahoo! yang lain, seperti pada Yahoo! Toolbar dan Yahoo! Messenger, memudahkan para pengguna untuk bermain permainan daripada Zynga seperti FishVille dan FarmVille yang sememangnya kian meningkat popularitinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd