Pengguna Facebook Di Malaysia Hampiri Angka 7 Juta

Pengguna Facebook Di Malaysia Hampiri Angka 7 Juta

Diterbitkan pada Mei 27, 2010 oleh .

Facebook adalah antara laman web yang berkembang dengan agak pantas sekali. Kini, pengguna Facebook Malaysia hampir mencecah hampir 7 juta pengguna, apabila angka semasa pengguna Malaysia sehingga kini adalah seramai 6,795,860 orang pengguna.


Pembahagian Pengguna Facebook di Malaysia Mengikut Umur [via]

Menariknya, melalui statistik yang disediakan oleh Facebakers, yang mana dikemaskini setiap hari, ianya didapati seramai 3,472,200 orang ataupun, lebih 52% orang adalah pengguna lelaki, dan bakinya, 48% adalah pengguna perempuan.

Pengguna Facebook di Malaysia yang paling aktif pula antara umur 18 tahun hingga 24 tahun merangkumi lebih kurang 37% pengguna Facebook di Malaysia. Ianya diikuti dengan umur 25-34 tahun dengan meliputi hampir 31% pengguna Facebook di Malaysia.

Data-data ini sekaligus memperlihatkan yang mana Malaysia kini menduduki kedudukan ke-17 dengan pengguna Facebook paling ramai, sekaligus menjadi negara Asia Tenggara ke-3 paling ramai, dibelakang Indonesia dan Filipina.


TIPS & ULASAN