[email protected] : Aplikasi Mini Menarik Untuk Anda

[email protected] : Aplikasi Mini Menarik Untuk Anda

Diterbitkan pada Mei 28, 2010 oleh .

Setelah memperkenalkan JomTwit sebelum ini, kini pembangun disebaliknya, Kureno, memperkenalkan [email protected], dimana melaluinya, mereka menyediakan beberapa aplikasi mini, yang mana seperti sebelumnya, ianya masih berkait dengan Twitter.

Buat masa ini, sebanyak empat aplikasi mini diperkenalkan oleh [email protected], dimana ianya dijangkakan lebih banyak aplikasi menarik lagi akan ditambah dari masa ke semasa padanya. Empat aplikasi tersebut, berkait secara terus dengan Twitter, dimana anda boleh log masuk ke Twitter, dan menggunakan aplikasi tersebut sepenuhnya.

R U Following Me

Melalui aplikasi mini ini, anda boleh menyemak samaada seseorang pengguna Twitter itu mengikuti tweet anda ataupun sebaliknya. Anda hanya perlu memasukkan dua nama pengguna Twitter, dan ianya akan memperlihatkan hasilnya.

Hashtag Cloud

Melalui Hashtag Cloud ini, para pengguna boleh mengikuti sesuatu topik di Twitter yang menggunakan #hashtag dengan amat mudah sekali. Anda juga boleh menambah topik-topik menarik pada pangkalan data Kureno, ataupun boleh membuatnya menyediakan sesuatu topik yang hangat untuk anda secara automatik.

#KLRB Scanner

Mungkin buat masa ini, semua sudah sedia maklum dengan hashtag #KLRB di Twitter yang mana pengguna berkongsi maklumat berkenaan dengan roadblock di Kuala Lumpur. Melalui #KLRB Scanner, aplikasi ini mengumpulkan tweet-tweet berkaitan dengannya, dan kemudiannya, mengkategorikannya mengikut lokasi, sekaligus memudahkan anda mengikuti tweet mengenai sesuatu halangan di sesuatu kawasan itu dengan mudah sekali.

Lorem Ipsum Tool

Selalu saja kita melihat perkataan Lorem Ipsum pada sebarang rekabentuk yang dibangunkan oleh para pembangun. Melalui aplikasi mudah ini, ianya membawakan idea untuk mengubahnya secara keseluruhan dan mengantikannya dengan sesuatu yang benar-benar boleh dibaca. Pengguna hanya perlu memilih sesuatu topik, dan tetapan pilihan mereka, dan ayat dan perkataan akan diciptakan untuk mereka. Suatu alat yang amat berguna untuk semua perekabentuk diluar sana.

Buat masa ini, hanya 4 aplikasi mini ini sahaja disediakan di [email protected]. Namun begitu, lebih banyak aplikasi dijangka akan diperkenalkan dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN