Cari @ Amanz

Google Buzz Memperkenalkan Fungsi Reshare

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau Twitter terkenal dengan fungsi Retweet miliknya, yang mana dulunya dimulakan oleh pengguna, dan seterusnya diintegrasikan pada sistem Twitter, kini Google Buzz yang kian mendapat perhatian pengguna memperkenalkan fungsi Reshare.


Fungsi ReShare Pada Google Buzz [via]

Sama seperti fungsi Retweet pada Twitter, melalui Reshare anda boleh berkongsi sesuatu perkara yang menarik yang dikongsikan oleh rakan anda kepada pengikut anda dengan mudah sekali. Anda hanya perlu klik pada butang Reshare, dan seterusnya menambah sebarang ayat atau perkataan, dan anda seterusnya boleh secara terus memaparkannya pada profail anda dengan mudah.

Ianya dikatakan yang mana fungsi Reshare ini adalah antara permintaan paling banyak diminta oleh pengguna Google Buzz, dan kini, kesemuanya sudah boleh menikmati fungsi tersebut, dan mula berkongsi pelbagai video, gambar dan status menarik bersama rakan-rakan anda yang lain.


Komen ()