Moderator Kini Di Integrasikan di YouTube

Moderator Kini Di Integrasikan di YouTube

Diterbitkan pada Mei 28, 2010 oleh .

Setelah membawakan sokongan untuk video HD, kini YouTube menambah baik fungsi perbincangan di laman mereka, di mana kini mereka mengintegrasikannya bersama-sama dengan Google Moderator, sekaligus mendapatkan maklumbalas dalam masa nyata.

Seperti sedia maklum, Google Moderator merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan para pengguna berkongsi idea berkenaan sesuatu persoalan ataupun topik, dan seterusnya, pengguna boleh mengundi dan memilih sesuatu pendapat yang bernas yang akan diperlihatkan dibahagian atas sekali.

Kini, dengan menintegrasikan aplikasi Google Moderator kedalam YouTube, seseorang yang memuat-naik video itu boleh mendapatkan maklumbalas mengenai kerja mereka itu dalam masa-nyata dengan lebih baik lagi.


Aktifkan Moderator Pada YouTube

Untuk mengaktifkan Google Moderator, anda hanya perlu ke laman Moderator di YouTube, dan seterusnya mengaktifkannya melalui laman tersebut. Namun begitu, anda perlulah log ke akaun Google yang telah dipautkan ke akaun YouTube terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN