Carian
Laksamana Upin dan Ipin Gantikan Upin & Ipin Angkasa
May 28, 2010 Aman

Jikalau sebelum ini, Les’ Copaque mengatakan akan mengegarkan kembali dunia animasi 3D tanahair dengan Upin dan Ipin Angkasa, kini nampaknya projek tersebut terpaksa dihentikan. Namun begitu, mereka akan mengantikannya dengan Laksamana Upin dan Ipin.

Laksamana Upin dan Ipin dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk di Indonesia pada tahun 2012, berbanding Upin dan Ipin Angkasa yang dijadualkan untuk tayangan 2011.

Dalam membawa kesan 3D ke tahap yang paling menarik dan optimum, Les’ Copaque akan menggunakan teknologi stereoscopic, yang mana pernah digunakan dalam filem Avatar tempoh hari. Laksamana Upin dan Ipin itu dijangka akan menelan belanja lebih kurang RM6 juta dan ianya kelak akan menerapkan budaya nusantara yang akan bersesuaian dengan penonton Malaysia dan Indonesia.

Laskamana Upin dan Ipin kelak dikatakan akan meneruskan kesinambungan kisah Hang Upin dan Hang Ipin yang pernah ditayangkan melalui slot pendek Upin dan Ipin sebelum ini.

Les’ Copaque semestinya kini dikenali seluruh nusantara apabila berjaya menetapkan suatu aras yang tinggi dalam industri animasi 3D tanahair, yang sememangnya setaraf dengan animasi antarabangsa, dan melalui teknologi baru pada Laksamana Upin dan Ipin kelak, semestinya, ianya bakal mengagumkan kesemua peminatnya.

Komen