Cari @ Amanz

Sebelum ini, dalam beberapa filem, termasuk Minority Report, kita dapat lihat teknologi dibawa setahap lebih kehadapan dengan mengawal komputer secara terus melalui gerakan, tanpa perlu sentuh skrin. Menariknya, kini teknologi seumpamanya diperlihatkan Toshiba.

Melalui AirSwing, Toshiba membolehkan para pengguna mengawal komputer melalui gerakan sahaja, dan menariknya ianya hanya menggunakan webcam sahaja untuk beroperasi tanpa sebarang peralatan tambahan.

Ianya juga menggunakan tenaga CPU yang amat minimum, dimana melalui video yang diperlihatkan, mereka mengatakan yang mana hanya lebih kurang 3% kuasa yang digunakan pada CPU 400MHz ARM 11.

Melalui AirSwing juga, gambar anda akan turut sama diperlihatkan pada skrin secara pudar untuk memudahkan anda mengawal sesuatu aplikasi pada komputer. Ianya masih lagi dalam peringkat prototaip, dan masih tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd