Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, sesuatu pengumuman yang berkaitan dengan sesuatu plugin atau extension di Chrome hanya diperlihatkan melalui perubahan ikon dan sebagainya, kini, Google melangkah setapak kedepan dengan membolehkan para pembangun menggunakan Desktop Notification.

Kini, Google mengumumkan yang mana para pembangun boleh menggunakan fungsi notifikasi pada desktop dengan mudah untuk aplikasi yang dibina oleh mereka. Dengannya juga, para pengguna boleh mendapatkan info berkenaan sesuatu perkara itu dengan lebih pantas dan juga mudah.


Contoh Notifikasi Desktop

Bagi yang tak pernah melihat bagaimana notifikasi pada desktop berfungsi, mungkin anda boleh mencuba extension GMail Notifier, dimana setiap kali anda mendapat suatu emel yang baru, anda akan diperlihatkan sebuah mesej yang menarik dengan maklumat berkenaan dengan emel tersebut.

Ianya juga memperlihatkan yang mana Google sedang memperkenalkan suatu dimensi baru pada pelayar web mereka, memandangkan sistem operasi mereka yang berasaskan pelayar web akan diperkenalkan dalam masa terdekat kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd