Opera Terus Mengejutkan Dunia Dengan 10.6 Alpha 1

Opera Terus Mengejutkan Dunia Dengan 10.6 Alpha 1

Diterbitkan pada June 2, 2010 oleh .

Setelah membawakan kepantasan yang menakjubkan melalui Opera 10.50 sebelum ini, kini Opera Software terus mengejutkan dunia pelayar web dengan memperkenalkan Opera 10.60 Alpha satu yang mana telah menundukkan kelajuan Chrome yang terbaru.

Berbeza dengan sebelum ini, kali ini pihak Opera berharap agar dapat melepaskan versi akhir Opera 10.6 untuk semua sistem operasi dan platform pada masa yang sama, dimana melalui Opera 10.60 kelak, mereka akan membawakan sedikit perubahan pada antaramuka, serta prestasi dan kelajuan yang dipertingkatkan, dan pelbagai pepijat yang telah diperbaiki.


Antaramuka Baru Pada Opera 10.6

Opera 10.60 juga bukan sahaja pantas dari segi JavaScript, malah pada pembacaan CSS dan juga DOM, sekaligus mengetepikan pencabar terdekatnya, Google Chrome 6.0. Walaubagaimanapun, buat masa ini, fungsi taskbar tidak disokong secara sepenuhnya pada Windows 7 oleh Opera 10.6 Alpha 1 ini. Anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri kepantasan yang amat mengejutkan melalui Opera 10.60 Alpha 1 ini.


TIPS & ULASAN