Walaupun sebelum ini Chrome OS dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada bulan Disember 2010, kini, Google mengumumkan yang mana ianya akan muncul dipasaran seawal suku tahun ke-empat ini, dan mungkin ianya akan lebih interaktif berbanding yang pernah dipertontonkan sebelum ini oleh Google.
Antaramuka Google Chrome OS
Dan berkemungkinan besar, sebelum versi akhirnya dikeluarkan, Google mungkin akan memperkenalkan suatu versi beta untuk sistem operasi yang berkonsepkan perkomputeran awan, dimana kesemua data dan fail disimpan di sebuah server, yang kemudiannya boleh diakses melalui sistem operasi Chrome OS ataupun melalui aplikasi web Google.
Sebelum ini, ianya sudah diketahui yang mana sistem operasi Chrome OS telah banyak melalui fasa pembangunan, dimana ianya kini memperlihatkan antaramuka yang interaktif dan menarik. Dan mungkin pembelian BumpTop oleh Google mungkin akan diintegrasikan bersama sistem operasi mereka, sekaligus membawakan desktop 3D yang amat menarik sekali.
Walaubagaimanapun, kini kita hanya perlu menunggu versi akhir Chrome OS dilepaskan, dan mungkin tidak lama selepas itu, tablet dan netbook yang menggunakan Chrome OS akan melanda pasaran. Sama-sama kita nantikannya.