WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Reblog This

WordPress.com Memperkenalkan Fungsi Reblog This

Diterbitkan pada June 2, 2010 oleh .

Ianya sedia diketahui yang mana Tumblr dan Posterous kini memberikan tekanan yang amat hebat kepada penyedia blog seperti Blogspot dan juga WordPress. Untuk mengatasinya, kini, Automattic memperkenalkan fungsi Reblog pada WordPress.com, yang menawarkan ciri-ciri seumpama Tumblr dan Posterous.

Melaluinya, sekiranya seseorang pengguna ingin berkongsi sesuatu artikel menarik bersama pembaca mereka, pengguna tersebut boleh klik pada pautan Reblog This, dan mereka seterusnya akan dibawa ke bahagian QuickPost pada WordPress.com, dimana melaluinya, mereka boleh menambah petikan sesuatu artikel dengan pautan kembali ke laman tersebut dengan mudah.

Buat masa ini, Blogger dan WordPress sedia mempunyai fungsi seumpamanya, iaitu Blog This dan Press This, namun begitu, ianya tidak begitu mendapat sambutan orang ramai. Mungkin Reblog This ini akan mengubah segalanya. Sama-sama kita nanti akan kesannya kepada dunia blog kelak.


TIPS & ULASAN