Maxis Menawarkan Bold 9700 Berwarna Putih

Maxis Menawarkan Bold 9700 Berwarna Putih

Diterbitkan pada June 3, 2010 oleh .

Selain daripada telefon bimbit Android, Maxis juga akan membawa masuk telefon pintar BlackBerry 9700 berwarna putih ke pasaran Malaysia, dan kini para pengguna sudah boleh mula pra-daftar untuk mendapatkan telefon tersebut daripada Maxis.

BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini ditawarkan oleh Maxis pada harga RM2099. Namun begitu, dengan pakej BlackBerry Internet Service daripada Maxis untuk tempoh selama 12 bulan, anda boleh mendapatkannya pada harga yang istimewa, iaitu serendah RM2459. Melalui BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini, ianya membawakan peningkatan kepada beberapa perkara, termasuk kamera 3.2 MegaPixel yang membawakan fungsi auto-fokus pada kamera yang membolehkan gambar ditangkap dengan lebih jelas.

Walaubagaimanapun, para pengguna turut sama boleh mendapatkannya dalam bentuk pra-bayar pada harga RM2,279 yang mana didatangkan bersama pakej langganan BlackBerry Interner Service selama 6 bulan bersamanya.

Bagi yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda dengan mengisi borang di laman Maxis, jadi yang terawal untuk mendapatkan BlackBerry Bold 9700 berwarna putih ini.


TIPS & ULASAN