Bing Kini Berumur Setahun

Bing Kini Berumur Setahun

Diterbitkan pada June 5, 2010 oleh .

Ianya sudah setahun sejak Windows Live Search dijenamakan semula sebagai enjin carian Bing, yang mana kini, ianya sudah mula berkembang sedikit demi sedikit, selain memberikan sedikit cabaran kepada Google, sekaligus menjadikan Google mengikut serba sedikit rentak mereka.

Bing

Sama seperti enjin carian lain, Bing telah melalui suatu pembangunan dan perjalanan yang menarik sepanjang setahun yang lalu, dimana pelbagai produk Windows Live dijenamakan semula oleh Microsoft sebagai Bing. Pada masa yang sama, pelbagai peningkatan serta pengenalan fungsi-fungsi baru juga mula diperlihatkan oleh Bing.

Pada masa yang sama, Bing juga sudah berjaya memperoleh kerjasama bersama Yahoo! sekaligus membolehkan mereka menawarkan khidmat enjin carian kepada Yahoo!. Pengintegrasian dengan carian masa-nyata, selain menyediakan hasil carian di Facebook juga memperlihatkan yang mana Bing boleh lagi berkembang dari tahun ke tahun. Mengikuti Bing, kini Google dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi untuk mengubah latar belakang laman mereka mengikut citarasa pengguna sama seperti pada Bing.


TIPS & ULASAN