Sama seperti Tumblr, kini Posterous turut memperkenalkan fungsi untuk membuat halaman statik dengan mudah, dan mengemaskininya melalui antaramuka yang sama seperti anda menulis dan mengemaskini halaman artikel anda pada Posterous dengan amat mudah sekali.
Sebelum ini, Blogger dan Tumblr turut sama telah memperkenalkan fungsi untuk membuat halaman statik pada platform mereka, dan kini ianya diikuti oleh Posterous. Dengan adanya fungsi halaman statik ini, seseorang penulis blog boleh lebih merapatkan jurang mereka dengan pembaca mereka, dengan menyediakan ruangan untuk mengenali penulis blog, serta memudahkan para pembaca untuk menghubungi mereka dengan mudah sekali.
Selain daripada itu, ianya juga telah menjadi sebuah trend dimana kebanyakkan platform menulis blog menyediakan ruangan dan fungsi untuk membuat halaman khas pada platform mereka, dan untuk mengelakkan pengguna berpindah platform, kini Posterous turut memperkenalkan fungsi tersebut.